Thursday, March 13, 2008

sahabat,
persahabatan itu ibarat ombak dan pantai,
saling memerlukan antara satu sama lain sama seperti diri kita sekarang,
tanpa pantai ombak bagaikan sepi tanpa berteman, sunyi dan sepi menyendiri sendirian,
begitu juga perihal si pantai,
namun... kadangkala ombak seringkali menyakiti pantai samada tanpa ia sedar,
si pantai tetap bersabar, menerima si ombak dengan penuh keikhlasan,
membuatkan si ombak terharu, terduduk dan terpana memikirkan penghujung persahabatan,
kesetiaan si pantai dan si ombak menggambarkan betapa indahnya sebuah persahabatan,
tanpa sedari persahabatan yang suci dinodai dengan sikap bermusuhan yang seringkali kita agungkan dalam persahabatan kita,
mengapa, kita tidak menjadi seperti perihal ombak dan pantai yang setia persahabatanya,
apakah kesudahan persahabatan kita??
apakah ianya hanya sekadar sebuah pelabuhan kapal yang menyinggah sementara,?
fikirkan sejenak sahabatku...
alangkah indahnya persahabatan kita itu,
jika bersulamkan keikhlasan kerana Allah semata-mata bukan kerana hartanya,
bukan kerana ilmunya, dan bukan kerana kecantikannya,
tetapi biarlah kerana keluhuran hatinya, pendirian akidahnya.....

Wednesday, March 5, 2008

Perang Bani Nadhir terjadi pada 4 hijrah, berpunca daripada pengkhianatan bani Nadhir keatas Nabi Muhammad s.a.w dan kaum muslimin di kota Madinah yang menyebabkan kaum itu dihalau dari Kota Madianah dan harta rampasan perang yang didapati drpd mereka..

Hadis Umar r.a katanya: Harta benda Bani Nadhir adalah termasuk daripada pemberian Allah kepada Rasul-Nya, iaitu hasil rampasan orang-orang Islam yang didapati tanpa berperang. Harta rampasan tersebut adalah khusus kepada Nabi s.a.w untuk menafkahkan isteri-isterinya (keluarga baginda) selama satu tahun. Selebihnya dibelanjakan untuk membeli kelengkapan perang dan senjata untuk digunakan pada jalan Allah
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3301