sahabat,
persahabatan itu ibarat ombak dan pantai,
saling memerlukan antara satu sama lain sama seperti diri kita sekarang,
tanpa pantai ombak bagaikan sepi tanpa berteman, sunyi dan sepi menyendiri sendirian,
begitu juga perihal si pantai,
namun... kadangkala ombak seringkali menyakiti pantai samada tanpa ia sedar,
si pantai tetap bersabar, menerima si ombak dengan penuh keikhlasan,
membuatkan si ombak terharu, terduduk dan terpana memikirkan penghujung persahabatan,
kesetiaan si pantai dan si ombak menggambarkan betapa indahnya sebuah persahabatan,
tanpa sedari persahabatan yang suci dinodai dengan sikap bermusuhan yang seringkali kita agungkan dalam persahabatan kita,
mengapa, kita tidak menjadi seperti perihal ombak dan pantai yang setia persahabatanya,
apakah kesudahan persahabatan kita??
apakah ianya hanya sekadar sebuah pelabuhan kapal yang menyinggah sementara,?
fikirkan sejenak sahabatku...
alangkah indahnya persahabatan kita itu,
jika bersulamkan keikhlasan kerana Allah semata-mata bukan kerana hartanya,
bukan kerana ilmunya, dan bukan kerana kecantikannya,
tetapi biarlah kerana keluhuran hatinya, pendirian akidahnya.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment